birumataku

life's note


Leave a comment

Walimatul urus

Alhamdulillah sempurna lah sudah marathon acara pertunangan, pernikahan dan kenduri perkahwinan 2 orang adik lelaki den pada 17 November lepas. Firdaus nikah dengan Alin dari Ulu Yam Selangor dan Faiz nikah dengan Fatin dari Taman Merdeka Masjid Tanah Melaka.

Walaupun traffic jam menganjak ketibaan pengantin dan awan gelap yang menggusarkan tetamu, tidak lah mengurangkan seri majlis. Den dan mak dan abah menyambut tetamu yang hadir. DJ jemputan dan lagu2 background turut menghidupkan majlis. Tapi yang paling penting ialah kehadiran sanak saudara , sahabat dan kenalan serta semua tetamu amnya. Kali ni, macam yang lepas, ambil catering untuk hidangan tetamu dan untuk pengantin. Ustaz Hamid membacakan doa untuk mempelai sebelum mereka menjamu hidangan.

Barakallahhu fi kum!

Barakallahhu fi kum!

Malam sebelum nya kami buat aqiqah untuk Muhammad Qaid dan majlis doa selamat dan tahlil serta selawat nabi. Den dari Singapura Mas pickup kat airport terus balik kampung sampai ngam2 time makan (makan dulu baru tahlil). Kerana populasi kelamin dan pelapisnya dah bertambah dan kehadiran tetamu2, den amek bilik kat hotel Era Bahau.

Tahniah Firdaus, Faiz, Alin dan Fatin. Den doakan pernikahan kalian diberkati oleh Allah dan berkekalan dalam rahmat, bahagia dan dimurahkan rezeki.

bersama mak dan abah

bersama mak dan abah

Advertisements